Kawah Al-Khwarizmi
Kawah Al-Khwarizmi

Kawah Al-Khwarizmi

Kawah Al-Khwarizmi ialah sebuah kawah hentaman qamari yang terletak di sebelah jauh Bulan. Ia berada di tenggara kawah Moiseev, dan timur laut kawah Saenger.Dinding dalam sebelah barat of Al-Khwarizmi lebih lebar berbanding di sebelah timur. sembir timur bertindih dengan sepasang kawah termasuk Al-Khawarizmi J. Dinding luar agak herot sedikit dan mengandungi sembir berganda di bahagian selatan. terdapat sebuah puncak kecil di tengah-tengah kawah dan puncak ini membentuk sebahagian permatang rendah yang bengkok ke arah timur laut. Beberapa anak kawah yang kecil berada di bahagian utara lantai kawah. Permukaan lantai di bahagian tenggara agak licin dan bebas daripada hentaman besar.Kawah ini dinamakan sempena ahli matematik dan ahli falak Muslim pada Zaman Pertengahan, Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi.